Bukan setakat hadir dengan saiz paparan berbeza, keluaran kali ini juga dilengkapi dengan S-Pen yang ditambah baik dimana ia menyokong ciri Air Action. Ini membolehkan pengguna membuat kawalan peranti secara jarak jauh menerusi stylus tersebut.
Samsung Galaxy Note 10+
Merupakan model dengan saiz paparan paling besar iaitu 6.8 inci Dynamic AMOLED bersama resolusi QHD+. Dibahagian belakang terdapat empat lensa kamera terdiri daripada lensa utama 12MP (OIS, f/1.5 dan f/2.4), lensa telefoto 12MP (OIS), 16MP untuk rakaman sudut ultra lebar 123° serta sensor 3D ToF yang akan digunakan untuk mencipta model 3D dari objek sebenar.
Bagi rakaman sebelah hadapan pula menampilkan lensa 10MP dan rekaan paparan kali ini memperlihatkan dahi serta dagu lebih nipis berbanding model terdahulu. Dari segi storan dalaman pula, ia ditawarkan dengan kapasiti 256GB sehingga 512GB dan berdampingan dengan RAM 12GB. Versi Plus juga merupakan satu-satunya yang menyediakan sokongan kad MikroSD.
Dijana dengan bateri 4300mAh dengan pengecasan pantas 45W, Galaxy Note 10+ hanya dibekalkan dengan pengecas 25W sahaja didalam kotak.
Galaxy Note 10
Bagi versi ini, ia didatangkan dengan paparan berukuran 6.3 inci Dynamic AMOLED tetapi dengan resolusi FHD+. Tetapan kamera depan dan belakang ama seperti Note 10+, cuma tidak disertakan dengan sensor 3D ToF.
Memori RAM yang diberikan kepada Galaxy Note 10 adalah 8GB sementara versi 5G disediakan dengan RAM 12GB. Kapasiti bateri juga berbeza iaitu 3500mAh bersama daya pengecasan pantas 25W.
Menguasakan kedua-dua model adalah cip pemprosesan terbaru, Exnynos 9825 dan bagi beberapa pasaran lain, ia ditawarkan dengan Snapdragon 855.
Siri Galaxy Note terbaru ini turut menyokong pembesar suara stereo dan tidak mempunyai bicu audio 3.5mm, dimana penyesuai untuk fon telinga berwayar diberikan di dalam kotak.
Bagi pasaran Malaysia, pra-tempah untuk kedua-dua model sudahpun dibuka bermula hari ini sehingga 18 Ogos 2019. Harga adalah seperti berikut:
- Galaxy Note 10 - RM3699
- Galaxy Note 10+ (256GB) - RM4199
- Galaxy Note 10+ (512GB) - RM4799
Seperti biasa, pembelian secara pra-tempah akan hadir bersama aksesori menarik secara percuma seperti Galaxy Buds+Jaminan tambahan 1 tahun + Wireless Battery Pack untuk Galaxy Note 10. Bagi versi Plus pula, pembelian anda akan diiringi dengan naik taraf memori, 256GB kepada 512GB + Jaminan tambahan 1 tahun + Wireless Battery Pack.
Berkaitan
- Pelan Jalur Lebar 100Mbps Dibawah Paras RM150 Diperkenalkan ViewQwest
- Black Shark Malaysia Adakan Promosi 2 Hari, Beli Black Shark 3 Pada Harga RM2649
- OPPO A16K, Telefon Pintar Bawah RM600 Di Malaysia
- Xiaomi Redmi 4 Dan Redmi 4A Terima MIUI 10 Global
- realme C21Y Mula Dijual Di Malaysia, Harga RM549
- Samsung Note 8 Telefon Masa Hadapan
- Vivo Malaysia Pertontonkan Apex, Telefon Pintar Konsep Tanpa Sebarang Butang Fizikal Dan Lubang Pengecasan
- Xiaomi Malaysia Tawar Promosi Beli 1 Percuma 1
- Honor 9 Lite Mungkin Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi
- Xiaomi Mi Mix Alpha Sah Guna Kamera 100MP, Ini Sampel Foto Yang Dikongsikan