Samsung Galaxy M51 Dijual Berharga RM1,599 - Hadir Dengan Snapdragon 730G Dan Bateri Besar 7,000mAh

Samsung Malaysia akhirnya mengumumkan ketibaan Galaxy M51 untuk pasaran tempatan. Perkara menarik mengenai telefon ini adalah ia hadir dengan saiz bateri raksasa 7,000mAh.

Untuk harga jualan, ia dipasarkan pada harga rasmi RM1,599. Namun anda boleh mendapatkannya serendah RM1,399 pada tarikh 24 September 2020 di LazMall Samsung Malaysia.



Hanya satu warna iaitu hitam sahaja ditawarkan dalam pilihan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Untuk spesifikasi, Galaxy M51 dilengkapi dengan Snapdragon 730G. Skrinnya adalah berukuran 6.7 inci Full HD+ Super AMOLED dengan kamera berlubang.



Terdapat 4 kamera utama di belakang dengan 64MP utama, 12MP sudut lebar, 5MP depth, dan 2MP makro. Swafoto pula adalah 32MP.

Selain bateri berkapasiti 7,000mAh itu, pengecasan pantas juga turut disertakan yang selaju 25W.

Untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini, boleh layari laman rasmi Samsung Malaysia dan juga LazMall Samsung.

Berkaitan