Samsung Galaxy M21 Dengan Bateri 6,000mAh Ditawar Pada Harga RM699 Sempena Lazada 7.7

Sempena jualan pertengahan tahun Lazada 7.7 ini, Samsung Malaysia kini menawarkan jualan Galaxy M21 dengan harga RM699 berbanding harga asal RM899.



Menyentuh spesifikasi, peranti ini dilengkapi dengan paparan skrin 6.4 inci FHD+ Super AMOLED. Galaxy M21 menjalankan cip pemprosesan Exynos 9611 dengan RAM 4GB/64GB storan dalaman serta menyokong slot kad mikroSD sehingga 512GB.

Peranti ini didatangkan dengan kapasiti bateri 6,000mAh dan pengecasan pantas 15W. Bahagian belakang peranti dimuatkan dengan tetapan kamera 48MP utama, 8MP sudut lebar, dan 5MP depth serta sensor imbasan cap jari. Di bahagian hadapan pula diisi dengan 20MP kamera swafoto.

 

harga samsung galaxy m21

Samsung Galaxy M21 hadir dengan dua pilihan warna iaitu Black dan Blue. Pra-tempahan peranti ini dengan potongan RM200 boleh dilakukan mulai 7 Julai 2020, pada jam 12 tengah malam hingga 2 pagi . Sementara penghantaran pula dijangka akan dilakukan mulai 15 Julai.