Samsung Galaxy M20 Dilaporkan Akan Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar

Sejak tragedi yang menimpa Samsung Galaxy Note 7 terdahulu, bateri menjadi salah satu kerisauan kepada pembeli untuk mendapatkan peranti Samsung.

Syarikat berkenaan juga tidak banyak menghasilkan peranti dengan bateri yang lebih besar berbanding Galaxy Note 7(3,500mAh) selepas itu.

Tahun ini barulah SamsungĀ  dilihat berani membekalkan bateri berkapasiti lebih besar pada peranti premium mereka.

Kapsyen: Imej tidak rasmi(GSMArena)


Selepas Galaxy Note 9 dibekalkan dengan bateri 4,000mAh, kini Samsung dilaporkan akan memasarkan Galaxy M20 bersama dengan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Samsung Galaxy M20 adalah peranti pertama dalam siri baru mereka dalam kategori kelas permulaan yang didakwa akan dilancarkan pada awal tahun hadapan.

Bagaimanapun, ia bukanlah peranti pertama Samsung dengan bateri 5,000mAh dimana Galaxy A9(2016) sebelum ini juga dibekalkan dengan kapasiti yang sama.

Kapsyen: Samsung Galaxy A9(2016)


Selain bateri yang besar, Galaxy M20 juga dikatakan akan menjadi model pertama yang menggunakan rekaan takuk Infinity-U.

Dari segi spesifikasi lain pula, ia bakal disokong oleh 3GB RAM, cip Exynos 7885, sistem dwi-kamera utama serta skrin paparan IPS LCD.

Walaubagaimanapun, ia masih lagi diperingkat ura-ura memandangkan Samsung sendiri masih mendiamkan diri mengenai perkara ini.

 

Kredit gambar utama: PhoneArena

Sumber: GalaxyClub via GSMARENA