Samsung Galaxy M10 Mula Dijual Hari Ini, Berharga RM449

Minggu lalu, Samsung Malaysia telah mengumumkan sebuah peranti pada harga bajet baru akan mula dijual hari ini.

Dikenali sebagai Samsung Galaxy M10, ia mula diperkenalkan di India sejak penghujung Januari lagi. Merupakan siri Galaxy M kedua yang dibawa masuk selepas Galaxy M20.

Galaxy M10 tampil dengan skrin paparan 6.22 inci bernisbah 19.5:9, dikuasakan oleh cip Exynos 7870, dwi kamera belakang gabungan lensa 13MP(f/1.9)+5MP (f/2.2) sementara kamera hadapan pula menggunakan lensa 5MP (f/2.0).



Sistem memori datang dengan RAM 2GB beserta ruang simpanan data 16GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 512GB.

Ciri lain terdapat pada Galaxy M10 adalah sensor pengimbas cap jari yang terletak dipanel belakang, port pengecasan MikroUSB untuk mengecas bateri 3400mAh dan bicu audio 3.5mm.



Dijual pada harga RM449, anda boleh dapatkannya dengan dua pilihan warna, Ocean Blue dan Charcoal Black eksklusif secara dalam talian bermula hari ini.

Berkaitan