Samsung Galaxy M02s Dilancarkan - Hadir Dengan Snapdragon 450 Dan Bateri 5,000mAh

Di India, Samsung telah memperkenalkan Galaxy M02s. Ia hadir dengan bateri berkapasiti besar dan juga 3 kamera dibelakangnya.

Samsung Galaxy M02s didatangkan dengan skrin 6.5 inci LCD HD+ yang dilengkapi takuk Infinity-V memuatkan 5MP swafoto.



Menjana telefon adalah cip Snapdragon 450. Memori pula adalah gabungan RAM 3GB/4GB dan storan dalaman sehingga 64GB.

Dari segi kamera belakang, 3 lensa dimuatkan dibarisi 13MP utama, 2MP makro, dan 2MP depth.

Bateri adalah berkapasiti 5,000mAh. Ia juga turut dilengkapi dengan pengecasan pantas 15W melalui USB-C.



Antara ciri menarik lain adalah Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm dan sokongan dwi-SIM.

Samsung Galaxy M02s dijual dalam 3 pilihan warna hitam, merah, dan biru dengan harga bermula INR8,999 (~RM496) di India.

Sumber: Samsung