Samsung Galaxy J8 Dan J6 Dilancarkan, Harga Bermula Dari RM749

Dua model dalam siri J telah diperkenalkan Samsung untuk pasaran dalam negara.

Dikenali sebagai Samsung Galaxy J8 dan J6, ia berbeza dari segi saiz paparan yang menggunakan skrin Super AMOLED dengan ciri Infinity Display.



Samsung Galaxy J8 berukuran 6 inci hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 450, disamping memori RAM 4GB dan storan dalaman sebesar 64GB disertakan dengan sokongan kad MikroSD sehingga 256GB.

Gabungan dwi kamera utama menampilkan tetapan 16MP dan 5MP, sementara kamera swafoto 16MP melengkapi panel hadapan.

Dijana dengan bateri berkapasiti 3500mAh, Samsung Galaxy J8 dijual pada harga RM999.

Sebuah lagi model kelas permulaan adalah Samsung Galaxy J6, dipacu dengan cip Exynos 7870, skrin bersaiz 5.6 inci, RAM 3GB, dan ruang simpanan data 32GB.



Panel belakang menggunakan tetapan kamera tunggal 13MP dan bahagian hadapan adalah kamera 8MP. Bateri sedikit kecil berbanding Samsung Galaxy J8 iaitu, 3,000mAh dan diletakkan pada harga RM 749.

Kedua-dua peranti ini akan ditawarkan disemua pengedar sah Samsung Malaysia dan juga anda boleh dapatkannya secara dalam talian.