Galaxy F41 dijangka akan memfokuskan fotografi bersama model lain dalam siri Galaxy F. Menerusi laman Samsung India, ia memperlihatkan F41 akan hadir dengan skrin paparan bertakuk, tetapan tri-kamera, imbasan cap jari pada bahagian belakang serta bicu audio 3.5mm.
Manual pada laman itu turut memperlihatkan peranti ini akan dimuatkan dengan kamera sudut lebar. Dijangka kamera utama akan dilengkapi sensor 64MP.
Selain itu, manual tersebut turut menyatakan peranti ini akan menyokong pengecasan pantas melalui port pengecasan Type-C. Ia juga mempunyai slot kad micro-SD dan dwi-SIM.
Selain manual, Galaxy F41 telah melepasi penyenaraian Geekbench yang mendedahkan peranti ini akan dijana cip Exynos 9611 dengan RAM 6GB.
Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari pihak Samsung.
Sumber: Samsung via GSMArena
Berkaitan
- Kuo: Protes Di Kilang Foxconn, Penghantaran iPhone 14 Pro Dijangka Jauh Lebih Rendah
- Ujian JerryRig Dedahkan Titanium iPhone 15 Pro Lebih 'Power' Berbanding Galaxy S24 Ultra
- Pakej Perpaduan Jalur Lebar Akan Diumum Pada 29 Mac Ini - Fahmi
- ASUS Zenfone 10 Mungkin Model Terakhir Dalam Siri Zenfone
- Pengguna iOS Kini Boleh Cuba Demo Galaxy Z Fold5 Dengan Dua iPhone
- Tiada Lagi SMS, Beberapa Perkhidmatan Di Maybank2u Akan Guna 'Push Notification'
- Ini Pilihan Yang Ada Sekiranya Tidak Mahu Terima Polisi Privasi WhatsApp
- Modul Kamera Didedah, Xiaomi 12T Pro Dijangka Redmi K50 Ultra Yang Dijenama Semula
- Siri Infinix NOTE 40 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM898
- Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tetapkan Wallpaper Khusus Bagi Setiap Ruang Sembang