Samsung Galaxy Buds Live Dengan Rekaan Seperti Kacang Dilancarkan

Fon telinga tanpa wayar Samsung Galaxy Buds Live kini telah rasmi diumumkan dengan rekaan menarik. Diumpamakan seperti "kacang" oleh sesetengah peminat, Galaxy Buds Live hadir dengan penambahan ciri pembatalan hingar aktif.



Antara yang dimuatkan dalam penawaran terbaru ini adalah pembesar suara yang lebih besar dari Buds+ (12mm). Selain itu, ia hadir dengan ketahanan air IPX2 serta mempunyai tipsĀ dua saiz yang berbeza untuk disesuaikan dengan telinga pengguna.

Dari segi tempoh operasi pula, Samsung Galaxy Buds Live dijanjikan dengan penggunaan sehinga 8 jam atau 6 jam sekiranya pembatalan hingar dan arahan suara Bixby dinyahaktifkan.

Tambahan 21 jam lagi bagi tempoh penggunaan boleh diperoleh melalui bekas simpanan. Terdapat tiga warna pilihan yang ditawarkan iaitu Mystic Bronze, Mystic Black dan Mystic White.