Samsung Galaxy Book S Diumumkan, Komputer Riba Yang Dikuasakan Snapdragon 8cx

Selain memperkenalkan gandingan Galaxy Note 10 dan Note 10+, Samsung turut mengambil kesempatan dengan mengumumkan komputer riba Galaxy Book S yang dikuasakan dengan Snapdragon 855.



Menawarkan reka bentuk ringan serta nipis, ia didatangkan dengan paparan sesentuh 13.3 inci Full HD. Padanan RAM 8GB LPDDR4X dan memori sehingga 512GB diberikan pada model ini dan ia juga menyokong kad MikroSD sehingga 1TB.



Bagi bekalan kuasa pula, ia dijana dengan bateri 42Wh yang menjanjikan tayangan video sehingga 23 jam. Hanya seberat 0.96kg, komputer riba ini boleh mengakses internet tanpa bergantung kepada WiFi sahaja kerana ia disediakan dengan sambungan selular LTE Cat.18.

https://www.youtube.com/watch?v=JiGkOVG73kc

Oleh sebab rekaannya yang minimalis itu, Galaxy Book S hanya mempunyai port USB-C sahaja dan ia akan mula dipasarkan sekitar musim luruh dengan dua pilihan warna, Mercury Gray serta Earthy Gold.