Samsung Galaxy A80 Rasmi Dilengkapi Tiga Kamera Yang Boleh Berputar

Generasi terbaru dalam siri Galaxy A sudah mula mendapat perhatian ramai pengguna. Ibarat diberi nafas baru tidak kira dari segi rekaan mahupun spesifikasi yang menjana dari dalam, Samsung kini secara rasmi menambah sebuah lagi model untuk ditawarkan kepada umum.



Dikenali sebagai Samsung Galaxy A80, model ini mengikut jejak langkah beberapa peranti lain dengan mekanisme pop-up pada kamera tetapi turut mempunyai kebolehan berputar.

https://www.youtube.com/watch?v=GzM1FwLV3Ds

Ia dilengkapi dengan tiga lensa kamera terdiri daripada sensor utama 48MP (f/2.0), 8MP untuk rakaman sudut ultra-lebar serta sensor 3D ToF.



Bebas takuk dan lubang pada panel hadapan, memberi ruang Samsung meletakkan skrin AMOLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi 1080 x 2400 piksel dan juga disertakan dengan pengimbas cap jari padanya.



Bahagian dalaman pula disediakan dengan penggunaan Snapdragon 730G, RAM 8GB dan 128GB storan, serta dijana dari bateri 3700mAh disokongan pengecasan pantas 25W seperti Galaxy A70.



Bakal menjalankan sistem operasi OneUI berasaskan Android Pie 9, ia diperkenalkan dengan tiga warna pilihan iaitu Phantom Black, Angel Gold dan Ghost White. Harga untuk Galaxy A80 masih belum diumumkan tetapi ia dijangkakan pada nilai €649 (~RM3496).

Sumber: Samsung