Samsung Galaxy A70 - Peranti Dengan Skrin 6.7 Inci Dan Bateri 4500mAh

Samsung sedia melancarkan siri Galaxy A untuk tahun ini melalui model A10,A20, A30 dan A50, dimana dua daripadanya sudahpun berada dalam pasaran tanah air.

Sebuah lagi yang model yang dilancarkan baru-baru ini adalah Galaxy A70, hadir dengan skrin paparan yang agak panjang, 6.7 inci dengan nisbah 20:9.



 

Skrin yang digunakan adalah paparan SuperAMOLED infinity-U, sementara panel belakang disebut sebagai 3D Glasstic.



 

Memori yang digunakan adalah RAM 6GB dan 8GB dengan ruang simpanan 128GB. Terdapat juga sokongan memori melalui slot kad MikroSD sehingga 512GB.

Sistem kamera belakang diletakkan dengan tiga kamera gabubngan 32MP (f/1.7)+8MP(f/2.2)+5MP(f/2.2), manakala bagi rakaman swafoto menggunapakai lensa 32MP (f/2.0).

Menguasakan dari dalam adalah cip pemprosesan 8 teras ( 2 teras 2.0GHz/ 6 teras 1.7GHz).

Galaxy A70 dijana dengan bateri berkapasiti 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W.

Harga dan ketersediaannya untuk dipasarkan belum dapat dipastikan lagi dan sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari Samsung.