Samsung Galaxy A70 Mula Ditawarkan Di Malaysia, Dikuasakan Oleh Snapdragon 675 & Tri-Kamera Utama

Samsung nampaknya semakin rancak dalam menawarkan variasi pilihan telefon pintar untuk kegunaan pembeli ketika ini.

Selepas memperkenalkan Samsung Galaxy A30 dan A50 di Malaysia pertengahan bulan lepas, tiba giliran Galaxy A70 pula tersedia untuk pasaran tempatan.

Peranti itu didatangkan dengan skrin SuperAMOLED 6.7-inci FHD+ dengan imbasan cap jari dalam skrin serta rekaan takuk Infinity-U.



Selain itu, ia juga hadir dengan cip Snapdragon 675, memori 8GB RAM dengan 128GB simpanan dalaman serta bateri berkapasiti 4500mAh.

Bagi tetapan kamera pula, Galaxy A70 dilengkapi dengan tetapan tri-kamera utama 32MP + 8MP + 5MP manakala bagi rakaman swafoto pula, ia disokong oleh lensa 32MP.

Anda yang berminat boleh mendapatkan peranti ini dengan harga RM1999 di pengedar-pengedar sah Samsung berhampiran dengan anda.

 

Sumber: DirectD