Samsung Galaxy A70 Dapat Penurunan Harga

Samsung tahun ini dilihat rancak menawarkan peranti kelas pertengahan dalam negara dan salah satu model yang ditawarkan adalah Samsung Galaxy A70. Sedia dibeli sejak April yang lalu, tanda harga rasmi yang diletakkan pada model ini adalah RM1999 dan ia kini boleh dimiliki pada harga lebih murah.



Potongan harga sebanyak RM200 telah diberikan kepada harga rasmi Samsung Galaxy A70 dan anda boleh dapatkan nilai jualan itu dari mana-mana pengedar sah Samsung Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=KSeL6Sy5fOI

Samsung Galaxy A70 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.7 inci FHD+, cip pemprosesan Snapdragon 675, tiga kamera belakang (32MP+5MP+8MP), kamera hadapan 32MP, RAM 8GB serta storan 128GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 512GB. Melengkapkan peranti ini adalah bateri 4500mAh serta pengecasan pantas 25W.