Samsung Galaxy A7 (2018) Memunculkan Diri Di Geekbench

Peranti pertengahan Samsung, Galaxy A telah terlihat di laman sesawang penanda aras terkenal, Geekbench memungkinkan peranti Samsung Galaxy A7 2018 akan keluar tidak lama lagi.

Peranti tersebut yang dipercayai akan menampilkan rekaan skrin 'Infinity Display' dengan 2 kamera depan. Peranti yang diberi kod nama SM-A730F itu dikuasakan dengan cip pemprosesan Exynos 7885.

Peranti siri Galaxy A selalunya akan mengambil rekaan dan ciri-ciri penting seperti yang terdapat dalam Siri Galaxy S yang lebih premium dan menjualnya dengan harga yang lebih murah.



Untuk mereka yang inginkan peranti berspesifikasi baik tanpa perlu mengeluarkan belanja yang tinggi, siri Samsung Galaxy A boleh juga dimasukkan dalam senarai calon pembelian.

Sumber