Samsung Galaxy A50 Dapat Ciri Mod Malam Dan Gerak Perlahan

Menembusi pasaran tempatan pada pertengahan Mac yang lalu, Samsung Galaxy A50 menerima sambutan baik daripada peminat peranti kelas pertengahan.

Bagi menambahbaik ciri pada sistem kamera sedia ada, Galaxy A50 dikatakan bakal dikemaskini dengan ciri mod malam dan juga rakaman video gerak-perlahan.

Kemaskini versi A505FDDU2ASF2  didatangkan dengan peningkatan kepada Knox Guard serta ciri sekuriti pada peranti. Selain itu, terdapat juga kebolehan untuk mengimbas kod QR terus daripada aplikasi kamera tanpa memerlukan Bixby Vision. Turut ditawarkan sekali adalah kemaskini sekuriti untuk Jun.



Dua ciri yang disebutkan diatas iaitu mod malam dan rakaman video gerak perlahan tidak disenaraikan pada kemaskini dimana ia hanya boleh dinikmati selepas reset dilakukan pada aplikasi kamera.

Kemaskini ini sudah mula dilepaskan kepada pengguna di India dan sekiranya anda merupakan salah satu pemilik Galaxy A50, boleh cuba semak kemaskini melalui Settings> Software Update untuk melihat sama ada ia sudah sampai ke peranti anda atau belum.

Sumber: Sam Mobile