Samsung Galaxy A42 5G - Kelas Pertengahan 5G Pertama Samsung Di Malaysia

Samsung pada November lalu telah membawa masuk Galaxy A42 5G untuk pasaran tempatan. Menurut Samsung, ia merupakan peranti kelas pertengahan pertama dari syarikat itu yang mempunyai sokongan 5G.

Mungkin anda tertanya apa yang ditawarkan pada Galaxy A42 5G. Sedikit sebanyak kami berikan ulasan mengenainya.

Spesifikasi




  • Skrin: Super AMOLED 6.6 inci (720 x 1600 HD+)

  • Cip pemprosesan: Snapdragon 750G

  • Memori: RAM 8GB, Storan 128GB (UFS 2.1)

  • 4 kamera belakang: 48MP(f/1.8) Utama + 8MP(f/2.2) Sudut Lebar + 5MP(f/2.4) Depth + 5MP(f/2.4) Makro

  • Swafoto: 20MP(f/2.2), Infinity U Display

  • Bateri: 5000mAh (USB Type-C) dengan 15W

  • Perisian: Android 10, One UI 2.5


Rekaan/Paparan




Samsung Galaxy A42 5G dilengkapi skrin dari jenis Super AMOLED berukuran 6.6-inci dengan resolusi HD+. Agak mengecewakan apabila Samsung tidak menawarkan resolusi FHD+ pada peranti ini.

Kekurangan tersebut mungkin terubat apabila Samsung menawarkan skrin yang cantik melalui AMOLED. Tidak dapat disangkal lagi kerana skrin dari jenis ini boleh menghasilkan warna yang pekat dan kontras yang tinggi.

Ulasan Galaxy A42 5G

Bagaimanapun, sudah pasti kekurangan tetap merupakan satu kekurangan. Terutamanya apabila ia menggunakan skrin yang besar, di mana resolusi yang ditawarkan dilihat tidak mampu menampung saiz skrin tersebut. Kotak-kotak piksel juga lebih jelas kelihatan pada ikon-ikon di Home Screen.

Namun begitu, penggunaan skrin AMOLED secara tidak langsung membolehkan peranti ini dimuatkan dengan sokongan imbasan cap jari pada skrin dan ciri Always on Display. Kedua-dua ciri ini sangat berguna, terutamanya dengan ciri imbasan cap jari yang berfungsi dengan begitu pantas.

Selain imbasan cap jari, peranti ini turut mempunyai pengesahan biometrik melalui imbasan wajah.

Kamera


Samsung Galaxy A42 5G menampilkan 5 kamera, iaitu 4 di belakang dan 1 di depan yang berfungsi sebagai kamera swafoto.

Ulasan Galaxy A42 5G

Untuk kamera belakang, ia menggunakan 48MP f/1.8 utama, 8MP f/2.2 sudut lebar, 5MP makro dan 5MP depth. Kamera swafoto pula dimuatkan dengan sensor 20MP.

Kapsyen: Kamera utama


Kamera utama memberikan hasil gambar yang cantik. Jika diambil pada kawasan dengan pencahayaan yang elok serta mengaktifkan mod Auto HDR, hasil gambar memang 'mantap'. Dengan kontras yang tinggi dan sangat vibrant, namun tidak terlalu oversaturated, menjadikan gambar tersebut nampak seperti telah disunting.

Ulasan Galaxy A42 5G Kapsyen: Mod malam diaktifkan


Untuk mod malam, ia mampu mengekalkan perincian di kawasan yang terang, manakala di kawasan gelap kecerahannya masih terkawal untuk memberikan hasil yang natural. Bagaimanapun, mod malam ini hanya boleh digunakan pada kamera utama sahaja.

Kapsyen: Kamera sudut lebar


Bagi kamera sudut lebar, julat dinamik adalah baik dan tiada perbezaan warna di antara kamera utama dan sudut lebar.

Kapsyen: Kamera makro


Untuk kamera makro pula, memandangkan ia dimuatkan sensor 5MP berbanding 2MP, hasil gambar adalah cantik dengan perincian yang lebih baik.

Kapsyen: Kamera potret


Kamera potret pula hanya pada di tahap biasa sahaja dengan edge detection yang adakalanya berfungsi dengan baik dan sebaliknya. Dimuatkan dengan kamera swafoto 20MP, julat dinamik juga adalah baik. Namun, kulit wajah kelihatan soft walaupun Beauty Mode tidak diaktifkan.

Kapsyen: Kamera swafoto


Dalam pada itu, peranti ini turut menyokong rakaman video sehingga 4K 30fps tanpa penstabilan imej. Hanya rakaman dalam mod 1080p yang mempunyai penstabilan imej.

Rakaman video pada kamera hadapan pula menyokong sehingga 1080p 30fps bersama penstabilan imej.

Prestasi


Beralih ke janaan peranti, Galaxy A42 5G dikuasakan cip Snapdragon 750G dengan teknologi proses 8nm. Menerusi cip ini juga, ia memberikan sokongan rangkaian 5G pada peranti. Memandangkan cip ini antara yang terbaru daripada Qualcomm, mungkin anda tertanya bagaimana dengan prestasinya?

Untuk prestasi, ianya lebih kurang sahaja dengan cip andalan di mana anda mungkin tidak perasan mana-mana lag atau stuttering. Oleh itu, peranti ini memang agak 'sedap' digunakan.

Wild Rift



Untuk permainan Wild Rift, anda boleh memainkannya pada fps sekitar 60 dan tetapan High Medium. Secara keseluruhannya, permainan adalah lancar tanpa sebarang lag. 

Genshin Impact



Anda boleh memainkan Genshin Impact dengan fps sekitar 60 pada tetapan grafik Medium. Bagaimanapun, adakalanya terdapat lag pada permainan ini. Dengan itu, tetapan tersebut mungkin boleh dikurangkan bagi memberikan kelancaran semasa memainkan permainan ini.

PUBG Mobile



Bagi PUBG Mobile pula, anda boleh memainkannya dengan tetapan grafik High dan fps High. Namun, adalah disarankan anda hanya menetapkannya pada kadar Smooth dan fps Ultra.

Bateri


Di bahagian atas tadi, kita telah pun menyingkap kekurangannya. Namun, dengan resolusi yang rendah itu juga, ia menjadikan peranti ini lebih jimat bateri. Ini kerana, resolusi yang lebih tinggi memerlukan penggunaan kuasa yang banyak.

Ulasan Galaxy A42 5G

Jadi, dengan resolusi yang rendah ini, ditambah pula penggunaan wallpaper yang gelap, lebih banyak bateri dapat dijimatkan. Bercakap mengenainya, Galaxy A42 5G mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 15W. Pengecasan penuh peranti ini mengambil masa sekitar 1 jam 40 minit.

Menerusi kapasiti bateri yang ditawarkan, ia boleh bertahan sehingga dua hari dengan penggunaan biasa. Bagaimanapun, sudah tentu ianya bergantung kepada penggunaan.

Bagi sambungan peranti, ia menyokong dwi-SIM, Bluetooth 5.0, NFC dan sebagainya.

Kesimpulan


Ulasan Galaxy A42 5G

Secara kesimpulannya, Galaxy A42 5G merupakan sebuah peranti kelas pertengahan dari Samsung yang sangat solid, namun kelemahannya dengan jelas dapat dilihat melalui resolusi yang ditawarkan. Pada harga RM1599, anda mungkin boleh mendapat peranti lain yang lebih baik.

Bagaimanapun, ianya bergantung kepada pilihan anda yang mana lebih baik dan berbaloi.

Berkaitan