Samsung Galaxy A40 Dikhabarkan Akan Diperkenal Tidak Lama Lagi

Siri Galaxy A untuk tahun ini sudah diperlihatkan beberapa hari yang lalu melalui model Galaxy A10, A30 dan A50.

Sebuah lagi model dalam siri sama disebut bakal membuat kemunculan tidak lama lagi iaitu Samsung Galaxy A40.

Mengikut laporan dari MySmartPrice, Galaxy A40 akan mula dipasarkan dibeberapa negara Eropah terlebih dahulu dengan nilai 249 Euro (~RM1154).

Ramalan awal mengenai spesifikasi peranti ini, ia mungkin dipasang dengan skrin Infinity U Super AMOLED 6.4 inci dengan resolusi FULL HD+, cip Exynos 7904, RAM 4GB dan storan 64GB bersama sokongan kad MikroSD sehingga 512GB.

Untuk spesifikasi rasmi dan lebih lanjut, sama-sama kita nantikan penawarannya nanti.

Sumber: MySmartPrice