Samsung Galaxy A31 Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM1099

Lewat Mac yang lalu Samsung telah memperkenalkan model terbaharu dalam siri A iaitu Samsung Galaxy A31. Bagi yang menanti-nantikan kedatangan peranti tersebut, kini ia sudah mula ditawarkan dalam negara melalui pengedar tempatan pada harga harga RM1099.

Antara pengedar yang membuat tawaran telefon pintar ini adalah DirectD dimana pembelian Samsung Galaxy A31 disertakan sekali dengan beberapa aksesori percuma.



NEW ARRIVAL!! SAMSUNG Galaxy A31 - RM1099 + 4 EXCITING FREEBIES🎁

key features:
• 6.4" FULL HD+
• Super AMOLED display
•...

Posted by DirectD on Wednesday, May 27, 2020


Melihat kembali kepada spesifikasi, peranti ini hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 6.4 inci bersama takuk dibahagian atas menempatkan kamera 20MP.

samsung galaxy a31

Panel belakang mempunyai empat kamera iaitu 48MP, 8MP ultra lebar, 5MP depth serta 5MP makro. Ia tersedia dengan pilihan warna warna hitam, putih dan biru.

Menguasakan peranti dari dalam adalah cip pemprosesan MediaTek Helio P65 yang bergandingan dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Ia turut menyokong memori tambahan melalui kad MikroSD sehingga 512GB.



Tenaga bateri pula disalurkan daripada bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 15W.

Beli Samsung Galaxy A31 dari Lazada (https://invol.co/clodsr)atau Shopee (https://invol.co/clodsn).