Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy A22 & Galaxy A22 5G

Samsung Galaxy A22 & Galaxy A22 5G Lebih Anggun Dengan Warna Pastel

Diterbitkan Ogos 24, 2021 oleh ariff bukhari

Jika anda masih tercari-cari model telefon pintar baharu pada harga mampu milik tetapi tetap bergaya dan kelihatan anggun, Samsung Galaxy A22 dan Galaxy A22 5G harus menjadi pilihan anda.

Dengan dua warna pastel yang anggun iaitu Violet dan Mint, ia tersedia untuk dipilih anda bagi kedua-dua model. Sekaligus menjadikan anda akan kelihatan lebih bergaya dengan pilihan anda. 

Tetapi jika warna pastel bukan kegemaran anda, Galaxy A22 juga boleh didapati dalam warna Black dan Gray bagi Galaxy A22 5G.

Galaxy A22 dan Galaxy A22 5G masing-masing berharga RM899.00 DAN RM999.00.

Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan sepsifikasi menarik seperti kamera utama 48MP dengan teknologi Tetra Binning yang membolehkan anda menangkap gambar dengan lebih jelas dan terang, tak kira pada waktu siang atau malam.

Ia juga dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5000mAh dan menyokong kad storan microSD sehingga 1TB.

Untuk masa terhad ini, dengan setiap pembelian Galaxy A22 dan Galaxy A22 5G sehingga 31 Ogos 2021, anda juga akan menerima sarung pelindung Soft Cover bernilai RM39 dengan percuma. 

Untuk spesifikasi lanjut Samsung Galaxy A22 dan Galaxy A22 5G ini, sila layari laman rasmi Samsung Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY