Samsung Galaxy A01 Dilancarkan - Spesifikasi Kelas Permulaan Dengan RAM sehingga 8GB

Minggu lepas kita telah menyaksikan Samsung mengumumkan model Galaxy A71 dan A51 sebagai pembuka tirai untuk siri Galaxy A 2020. Hari ini, secara senyap-senyap, Samsung melancarkan satu lagi model dari siri A iaitu Galaxy A01.

Galaxy A01 ini merupakan model kelas permulaan, jadi mungkin sebab itu Samsung tidak membuat pengumuman melalui acara khas. Sebaliknya, mereka hanya mengemaskini peranti ini pada laman sesawang mereka sahaja.

Peranti ini mempunyai skrin kecil 5.7 inci HD dengan disertakan takuk "Infinity-V". Takuk itu memuatkan kamera swafoto 5MP (f/2.0). Terdapat 2 kamera belakang - 13MP (f/2.2) utama dan 2MP (f/2.4) depth.Samsung Galaxy A01 quietly unveiled with 5.7'' HD screen, plenty of memory

Di dalam, ia dijana oleh cip pemprosesan 8 teras. Samsung tidak memberitahu secara spesifik jenis apakah cip itu pada laman mereka. Untuk konfigurasi memori, Samsung juga bermurah hati menawarkan 6GB/8GB RAM serta storan dalaman 128GB. Ia juga turut menyokong kad mikroSD sehingga 512GB.



Peranti dimuatkan dengan bateri berkapasiti 3,000mAh dan terdapat dalam 3 pilihan warna yang dijual iaitu hitam, merah, dan biru. Walaupun peranti ini telah dilancarkan, Samsung tidak berkongsi dengan lebih lanjut mengenai tarikh jualan, pasaran yang dijual, dan harga peranti.

Sumber: SamsungĀ 

Berkaitan