Samsung Exynos Mempamerkan Sokongan Pemproses Dwi-Kamera

Seperti mana yang sedia maklum model flagship seperti siri Galaxy S akan memuatkan sama ada cipset Exynos atau pemproses Snapdragon Qualcomm, bergantung kepada di mana anda membelinya. Negara-negara di Eropah dan Asia berkemungkin besar akan mendapat model bersama cip Exynos. Seperti Samsung S7 & S7 Edge sebelum ini, ianya dipasarkan ke Malaysia bersama cip pemproses Exynos 8890.

Samsung baru-baru ini telah mengeluarkan iklan di akaun twitter Samsung Exynos, berkenaan cipset Exynos 8895 dan Dual ISP (Image Processing Signal), secara tidak langsung mengesahkan bahawa peranti yang mengggunakan cipset Exynos 8895 akan dilengkapi dengan dua kamera.

Untitled

Masih menjadi tanda tanya sama ada Galaxy S8 (Exynos8895) akan memiliki dua kamera utama atau mungkin ianya hanya digunakan untuk model Samsung seterusnya. Sudah tiba masanya flagship dari Samsung dimuatkan dengan dwi-kamera. Tapi jika dilihat daripada info yang tertiris, kami yakin sokongan Dual ISP ini tidak akan tampil untuk peranti Galaxy S8. Well, not yet.

Sumber