Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (331)

Samsung Exynos 2100 Untuk Cip Galaxy S21 Diumumkan – 8 Teras Sehingga 2.9GHz Dari Binaan 5nm EUV

Diterbitkan Januari 12, 2021 oleh Meor Hasyim

Hari ini Samsung secara rasminya telah memperkenalkan cip Exynos 2100. Ia adalah merupakan cip pemprosesan kelas mercu untuk tahun 2021 yang bakal digunakan pada telefon Galaxy S21 mereka.

Sebagai pengenalan, Exynos 2100 dibina dari proses 5nm EUV dan hadir dengan modem 5G terbina.

Cip ini didatangkan dengan 8 teras termasuk 1 teras prestasi tinggi Cortex-X1 2.9GHz, 3 teras utama Cortex-A78 2.42GHz, dan 4 teras jimat tenaga Cortex-A55 2.2GHz.

Screenshot (330)

Menurut Samsung, CPU Exynos 2100 ini adalah 30% lebih pantas berbanding Exynos 990 tahun lepas.

GPU yang digunakan pula adalah dari 14 teras Mali-G78. Ia menawarkan 40% peningkatan prestasi grafik berbanding GPU sebelum ini.

NPU pula adalah dari 3 teras yang mempunyai operasi selaju 26 TOPS dan setanding dengan Snapdragon 888.

Jika Snapdragon 888 boleh memproses data kamera dari 3 sensor sekaligus, Exynos 2100 boleh memproses lebih banyak sehingga 4 sensor pula.

Cip terbaharu ini juga menyokong resolusi kamera sehingga 200MP. Sebagai rekod, Exynos 2100 merupakan cip mercu pertama Samsung yang hadir dengan modem terbina. Exynos 990 sebelum ini dibina secara luaran, manakala Exynos 980 dan 1080 adalah kelas pertengahan.

Screenshot (327)

Cip ini bakal menjadi nadi kepada Samsung Galaxy S21 yang bakal dilancarkan 14 Januari nanti. Persoalan sekarang, adakah Exynos 2100 ini mampu untuk mengalahkan prestasi Snapdragon 888 jika S21 sudah dilancarkan nanti?

Sama-sama kita tunggu dan lihat kelak.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY