Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
exynos 2100

Samsung Exynos 2100 Akan Dilancarkan 12 Januari Ini

Diterbitkan Januari 8, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti sedia maklum, Samsung akan mengadakan acara Galaxy Unpacked 2021 pada 14 Januari ini bersempena pelancaran peranti siri Galaxy S21.

Terbaru, Samsung mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan cip pemproses yang menjana peranti tersebut iaitu Samsung Exynos 2100 pada 12 Januari 2021.

Melalui video acah yang dikongsikan, tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai cip pemproses ini. Namun, banyak sumber mengatakan ia adalah setanding atau lebih berkuasa daripada Snapdragon 888.

Tambahan lagi, berdasarkan keputusan penanda aras Geekbench 5, Exynos 2100 menerima skor 1089 untuk teras tunggal dan 3963 untuk multi-teras.

Samsung Exynos 2100 mengatasi Snapdragon 888 dalam prestasi multi-teras di mana skor Snapdragon 888 bagi multi-teras hanya 3818. Manakala bagi teras tunggal pula sebanyak 1135.

Walau bagaimanapun, kedua-dua cip pemproses ini masih belum mampu menandingi cip pemproses daripada Apple iaitu A14 Bionic yang mengungguli dalam teras tunggal serta multi-teras.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY