Agak janggal untuk Samsung keluarkan siri Galaxy Note mereka pada awal Ogos kerana kebiasaannya peranti tersebut dijadualkan pada akhir bulan Ogos, sebaik sebelum Apple melakukan perkara yang sama untuk siri iPhone mereka.
https://youtu.be/5jKijq5US1E
Apa yang diketahui setakat ini untuk Galaxy Note 9?
Beberapa perkara dibincangkan mengenai apa yang ditawarkan oleh Samsung menerusi peranti Galaxy Note 9 mereka. Salah satunya sudah pastilah skrin paparan yang lebih besar dan juga S-Pen yang sinonim dengan siri Galaxy Note.
Pengimbas cap jari terbina di dalam skrin juga menjadi salah satu ciri yang dikatakan akan dibawa oleh Galaxy Note 9 namun dengan tarikh pelancaran yang dekat, perkara tersebut mungkin tidak menjadi kenyataan. Peranti Android lain yang mempunyai ciri tersebut adalah dari Vivo dan Huawei.
Bahagian bateri pula membayangkan bateri berkapasiti besar seperti 4,000 mAh tetapi Samsung mempunyai sejarah hitam mengenai bateri berkapasiti besar lebih-lebih lagi untuk siri Galaxy Note mereka. Untuk Samsung Electronics menggunakan bateri 4,000 mAh untuk Galaxy Note 9 adalah pertaruhan besar dari mereka.
Acara Samsung Galaxy Unpacked 2018 boleh diikuti secara langsung melalui laman rasmi Samsung.
Berkaitan
- Galaxy S8/S8+ Tidak 'Compatible' Daydream Buat Masa Sekarang
- Samsung SDI Bercadang Mengitar Semula Telefon Pintar Untuk Bahan Seperti Kobalt
- Ciri-Ciri Terbaru Galaxy S9 Yang Tiada Untuk Galaxy S8
- Samsung Galaxy J7 Pro Dan J7 Max Telah Selamat Diperkenalkan
- Ramalan Tepat EA Sports Mengenai Juara Piala Dunia 2018
- Galaxy A22 5G Mungkin Datang Dengan Spesifikasi Ini
- Tiga Jenama Ini Akan Guna Paparan OLED Boleh Lipat Dari Samsung
- Peranti Samsung Galaxy S8 dan Note 8 Antara Peranti Pertama Yang Mendapat Sokongan HDR Youtube
- Samsung Galaxy Watch 4 Akan Hadir Tanpa Pengecas
- Samsung Mulakan Proses Pembuatan Cip 16Gb LPDDR4X Generasi Ke-2