Baru-baru ini diberitakan Samsung telah di saman oleh seorang lelaki berasal dari Florida, Amerika Syarikat kerana peranti keluaran syarikat itu meletup di dalam poket hadapan seluar mangsa.
Menurut CNBC, tindakan undang-undang yang difailkan itu merupakan yang pertama di Amerika Syarikat bagi pengguna model Galaxy Note 7. Mangsa mengatakan telefon pintar yang meletup itu mengakibatkan lecur di kaki kanan beliau. " Melecur pada tahap 2 dan berukuran sebesar telefon pintar berkenaan" Tambah peguam yang mewakili mangsa. Tindakan saman itu menuntut sejumlah pembiayaan bagi kos perubatan, hilang pendapatan, kesakitan dan penderitaan dan kecederaan yang lain.
Sehingga hari ini, dicatatkan lebih dari 92 insiden yang melibatkan peranti tersebut. 26 laporan daripadanya ialah terbakar dan 55 laporan lain melibatkan kemusnahan harta persendirian.
Sumber: CNBC
Berkaitan
- Xiaomi Mi Mix 3 Mungkin Dilengkapi Dengan Kamera Hadapan Keluar Masuk
- HTC U Ultra Edisi Sapphire Kini Menerima Potongan Harga Sehingga RM700
- OnePlus Kata Cip Sekarang Terlalu Padu Untuk Kebanyakan Aplikasi
- Ini Pandangan Pakar Jika Facebook Ditamatkan Sepenuhnya
- GoPro Hero5 Black dan Hero5 Session Mula Di Pasarkan Di Malaysia Minggu Hadapan
- Imej Sebenar OPPO R11 Tersebar - Dwi Kamera Pada Bahagian Belakang
- Sony PlayStation 4 Pro: Lulus Ujian Pensijilan Dari SIRIM
- POCO M3 Pro Dilancarkan Di Malaysia Malam Ini
- Model Baru Samsung Pintas P30 Pro Dan Galaxy S10 5G Dalam Carta DxOMark
- Pembekal Cip Apple Dan Qualcomm Terpaksa Hentikan Pengeluaran Akibat Serangan Virus