Namun, kemungkinan cita-cita anda itu terkubur kerana laporan daripada gizmochina telah melihat bahawa kebanyakan siri Galaxy S20 sudah kehabisan stok.
Menurutnya lagi, laman Samsung di beberapa negara seperti India, UK dan China juga telah terpapar kehabisan stok.
Oleh itu, berdasarkan pemerhatian pagi ini, perkara ini boleh disahkan kerana hanya Galaxy S20 4G (128GB), Galaxy S20 FE 5G (256GB) dan Galaxy S20 Ultra 5G (128GB) sahaja boleh dibeli. Lebih mengejutkan, Galaxy S20+ Edisi BTS turut kehabisan stok.

Kemungkinan benar bahawa Samsung telah menghentikan kesemua peranti siri Galaxy S20 memandangkan ia adalah sebuah peranti andalan Samsung.
Kebanyakan orang menunggu sesuatu peranti baharu dilancarkan dengan harapan dapat membeli peranti andalan yang "lama" pada harga yang lebih murah.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak pelik kerana Apple turut berbuat demikian bagi semua perantinya.
Ia dapat dilihat dimana sejak iPhone 12 dilancarkan, tiada lagi siri iPhone 11 Pro pada laman rasminya dan hanya ada iPhone 11, iPhone SE (2020) dan iPhone XR.
Apa pun, sekiranya anda masih mahukan peranti Galaxy S20, kemungkinan anda boleh menjumpainya menerusi pihak ketiga di dalam talian dan juga set refurbished.
Sumber: gizmochina
Berkaitan
- Menangi Siri Galaxy A Dengan Hanya Ambil Gambar Makanan
- Spesifikasi Siri Samsung Galaxy S21 Didedahkan - Snapdragon 875/Exynos 2100 Dan 120Hz
- Samsung Ada Promosi Beli Samsung Galaxy S23 Ultra, Percuma Galaxy S23
- Samsung Berusaha Untuk Mengatasi TSMC Dan Rancang Hasilkan cip 3nm Menjelang 2022
- Huawei "Flip" Mungkin Dilancar Tahun Ini, Pesaing Samsung Tapi Harga Lagi Murah
- Samsung Mengesahkan S-Pen Akan Menyokong Peranti Siri Galaxy S21
- Menarik Minggu Ini: Samsung Buat Seluar Jeans, Netflix Game, 4 Peranti realme Baharu
- Samsung Menjadualkan Galaxy Unpacked Part 2 Pada 20 Oktober
- Dalam Tempoh 3 Tahun, Xiaomi Sasar Untuk Kalahkan Apple Dan Samsung
- Tak Ada Masalah Prestasi, Exynos 2200 Akan Diumum Bersama Siri Galaxy S22