Samsung Dilihat Memberi Gambaran Paling Jelas Mengenai Telefon Boleh Lipatnya

Ura-ura mengenai telefon boleh lipat Samsung telah berlegar dalam industri sejak dua atau tiga tahun lalu. Sering kami katakan sebelum ini, ia semakin hampir menjadi kenyataan. Malah, kini Samsung telah memberi satu gambaran yang dianggap paling jelas mengenainya setakat ini.

Kapsyen: Kredit: Samsung


Imej diatas adalah merupakan imej profil terbaru yang digunakan oleh akaun Facebook dan Twitter rasmi Samsung. Tulisan jenama SAMSUNG yang kelihatan seperti dilipat, sekaligus mengukuhkan dakwaan bahawa ia bakal diperkenalkan secara rasmi sebelum tahun ini berakhir.

Pada minggu lepas, sebuah syarikat China, Rouyu Technology telah membuat kejutan apabila melancarkan FlexPai, telefon dengan skrin boleh lipat pertama di dunia. Peranti itu juga dikatakan akan muncul sebagai yang pertama menggunakan cip Snapdragon 8150.

Kapsyen: Kredit: Samsung


Samsung dijadual akan mengadakan  Persidangan Pembangun Samsung 2018 pada 7 dan 8 November ini di San Francisco, Amerika Syarikat. Mungkinkah Samsung Galaxy F(tidak rasmi) akan dipertontonkan pada acara itu nanti? Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber: Samsung