Samsung Dilihat Akan Mengetengahkan Skrin Fleksibel Tidak Lama Lagi

Nampaknya zaman telefon fleksibel sudah menghampiri kita. Kita dapat lihat evolusi telefon pintar semakin berkembang sejak ianya diperkenalkan. Bermula daripada telefon mudah alih ke telefon pintar skrin sentuh, mungkin dalam masa setahun dua kita akan dapat saksikan telefon fleksibel pertama dari Samsung.

Samsung dikhabarkan akan mempamerkan teknologi paparan berukuran 9.1 inci (23cm) yang boleh dilentur atau direnggangkan di Society for Information Display 2017 in Los Angeles minggu ini.



Teknologi skrin fleksibel yang dibawakan Samsung ini  mampu di bengkokkan sehingga 12 mm dan juga boleh diregangkan, dilipat mahupun digulung. Fleksibel!

"Pada ketika ini skrin paparan OLED hanya boleh dileturkan pada had minimun dan pada satu belah permukaan sahaja. Ciri fleksibel yang akan diperkenalkan ini menjadikan paparan OLED yang boleh diubah bentuk", kata jurucakap Samsung pada Korea Herald.

Beliau juga tidak memberi masa khusus tentang bila teknologi ini akan di muatkan ke peranti Samsung kerana teknologi ini masih di dalam fasa kajian dan penyelidikan.

Tahun lepas muncul satu khabar angin tentang teknologi skrin boleh dilipat yang dibawakan oleh Samsung akan diperkenalkan pada 2017. Namun peminat perlu bersabar lagi buat seketika kerana Samsung berkata teknologi ini akan dibawa ke tahun 2019.

Menurut Korea Herald, pihak Samsung juga tidak mahu tergesa-gesa memperkenalkan teknologi baru ini ke pasaran sehinggalah pada satu masa yang dirasakan tepat.



Menurut satu kenyataan dari Kim tae-woong, seorang jurutera paparan skrin Samsung, berkata rekaan bezel-less dan skrin lengkung yang dibawakan oleh S8 baru-baru ini sudah cukup untuk memenuhi permintaan industri dan peminat telefon pintar pada tahun ini.

Nampaknya khabar angin tentang Galaxy X yang dikatakan bakal membuat kemunculan bersama paparan skrin yang boleh dilipat pada tahun ini tidak menjadi kenyataan.

Sumber Sumber 2