Samsung Dilaporkan Masih Akan Menawarkan Bicu Audio Pada Galaxy S10

Ketika beberapa pengeluar lain telah membawa keluar sokongan bicu audio 3.5mm, Samsung dilihat masih lagi akan terus menyediakannya pada peranti mereka tahun depan, sehingga Galaxy S10 sekurang-kurangnya.

Ia berdasarkan satu kiriman video yang dibuat oleh @UniverseIce baru-baru ini. Video tersebut memaparkan rekaan sebuah kerangka peranti yang dikatakan Galaxy S10 menunjukkan ia masih lagi mengekalkan bicu audio 3.5mm.

https://twitter.com/UniverseIce/status/1071686686982070272

Samsung dikatakan bakal melancarkan sekurang-kurangnya tiga variasi Galaxy S10 iaitu S10, S10+ dan S10 Lite. Ia akan diperkenalkan pada acara MWC 2019 nanti.

 

Sumber: @UniverseIce