Samsung Dilaporkan Akan Mengeluarkan 3 Model Untuk Galaxy S9

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, pemerhati industri boleh mengagak berapa jenis model peranti telefon pintar utama yang Samsung akan keluarkan setiap tahun. Awal tahun ini, Samsung memperkenalkan Galaxy S8 dan Galaxy S8+. Sebelum itu, Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge.

Ada ura-ura mengatakan yang untuk tahun hadapan, Samsung bercadang untuk melakukan sedikit kelainan. Mereka mungkin akan mengeluarkan peranti Galaxy S9 dengan saiz yang lebih kecil atau mini. Jika benar, peranti mini ini mungkin juga akan berspesifikasi sama dengan peranti Galaxy S9 yang lain dengan paparan skrin Infinity Display berukuran 5 inci.

Idea sama juga pernah dibuat Apple semasa pelancaran iPhone SE yang spesifikasinya mengikut iPhone 6s tetapi dalam saiz yang lebih kecil. Khabar angin ini datang dari sumber yang agak popular iaitu Ice Universe yang kerap mendedahkan maklumat tentang peranti yang bakal keluar di Twitter dan Weibo.

Sumber