Hari ini, syarikat daripada Korea Selatan tersebut mengaku terdapat satu lagi kesilapan dalam masa yang sama, di mana ia memberi kesan kepada sebilangan kecil pengguna yang dapat mengakses maklumat pengguna Samsung yang lain, termasuk nama, alamat dan empat angka terakhir kad pembayaran mereka.
Dalam satu laporan, Samsung menyatakan kedua-dua isu ini adalah tidak berkaitan antara satu sama lain dan hanya kebetulan berlaku pada masa yang sama. Samsung turut menjelaskan lagi bahawa kebocoran yang tidak disengajakan adalah hasil daripada kesilapan teknikal di laman web syarikat UK, dan hanya menjejaskan tidak melebihi 150 pengguna.
Terdahulu, beberapa pengguna Reddit melaporkan apabila log masuk akaun dalam aplikasi Samsung Shop, pengguna tersebut dapat melihat maklumat pengguna lain seperti nombor telefon, alamat e-mel, butiran pesanan, alamat penghantaran dan empat angka terakhir kad pembayaran.
Tiada kenyataan lebih lanjut mengenai kesilapan ini dan hanya mengatakan bahawa syarikat itu akan melakukan yang terbaik untuk mencegah sesuatu seperti ini berlaku lagi.
Sumber: TechRadar, SamMobile
Berkaitan
- Samsung Galaxy Z Fold 3 Dengan S Pen Bakal Dilancarkan Jun 2021, Pengeluaran Galaxy Note Mungkin Dihentikan
- Samsung Galaxy Z Fold2 Diperkenal Dengan Paparan Skrin Lebih Luas
- Samsung Sahkan Insiden Pencerobohan Data, Maklumat Peribadi Pengguna Terjejas
- Samsung Dilapor Bangunkan Dua Pengecas Pantas Baharu
- Samsung Galaxy S20 FE Dilancarkan - Snapdragon 865, Panel 120Hz, Bateri 4500mAh Dan IP68
- Samsung Dilapor Akan Bekalkan Panel OLED Berbeza Untuk Siri iPhone 14
- Ulasan Samsung Galaxy Buds Live: Fon Telinga Dengan Rekaan Seperti 'Kacang'
- Menjelang Pelancaran iPhone 14, Samsung Muat Naik Video Baharu Untuk Perli Apple
- Buat Kali Pertama Apple Tewaskan Samsung Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Global
- Samsung Galaxy F41 Diperkenalkan - sAMOLED, 64MP Kamera Dan Bateri 6000mAh