Samsung Dilapor Bakal Pamerkan Iklan Pada One UI 2.5

Dilancarkan pada awal tahun lalu, One UI merupakan perubahan terbesar dalam rekaan Samsung bagi sistem antaramuka. Ia kemudian dikemaskini dengan One UI 2.0 dan 2.1 pada awal tahun ini.

Kini, spekulasi mengenai One UI 2.5 akan datang menyatakan gergasi teknologi Korea Selatan itu akan mula memaparkan iklan pada kekunci skrin. Namun, iklan mungkin hanya akan dipaparkan pada peranti kelas permulaan Samsung seperti siri Galaxy A dan Galaxy M.



Melalui sampel tangkap layar yang didedahkan, ia menunjukkan iklan 15 saat pada kekunci skrin dan memerlukan pengguna menonton terlebih dahulu sebelum nyahkunci peranti tersebut.

Selain itu, sampel lain turut menunjukkan iklan yang dipaparkan pada aplikasi cuaca. Kedua-dua iklan ini adalah dalam bahasa Korea di mana ia masih menjadi tanda tanya jika Samsung akan membawa fungsi ini pada peranti global.

Pada Oktober tahun lalu, wakil Samsung Korea mengeluarkan kenyataan mengenai hasrat mereka untuk membawa iklan pada One UI. Ia bertujuan untuk menyediakan "fungsi baru dan operasi layanan yang stabil" melalui pendapatan iklan yang dikumpulkan.

Dalam pada itu, One UI terbaru dijangka akan dilancarkan pada siri Galaxy Note 20.

Sumber: GSMArena

Beli barangan Samsung dari:

Lazada (https://invol.co/clotwg)

Shopee (https://invol.co/clotwh)