Samsung Dilapor Akan Menghasilkan Cip Pemproses 3nm

Samsung beberapa bulan lalu telah mengesahkan cip pemproses 5nm akan dihasilkan pada suku kedua tahun 2020. Dijangka cip Exynos 992 akan dibina dengan pemproses tersebut dan kemungkinan dimuatkan pada Galaxy Note 20 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.



Berdasarkan laporan dari Taiwan, Samsung dikhabarkan akan melangkau penghasilan pemproses 4nm dan seterusnya menghasilkan pemproses 3nm. Kemungkinan ia adalah sebagai langkah untuk bersaing dengan TSMC yang dijangka akan mengeluarkan pemproses 4nm pada tahun 2023.

TSMC juga telah menerima lebih banyak tempahan cip 5nm berbanding Samsung. Antaranya adalah dari Apple, Qualcomm dan Huawei.

Buat masa masa ini, Samsung kemungkinan akan meneruskan pengeluaran proses 5nm sehingga 2021 dan hanya akan memulakan penghasilan cip 3nm pada tahun 2022.

Sumber: Sam Mobile