Samsung Dilapor Akan Mengeluarkan Telefon Bersaiz Kompak Dengan Bingkai Nipis

Jika melihat pada keluaran Samsung yang terbaru, hampir semua peranti bagi segmen, kelas bawah, kelas pertengahan dan kelas atasan dilengkapi dengan skrin paparan berukuran 5 inci dan keatas.

Tetapi, berdasarkan satu laporan dari China, syarikat pengeluar telefon pintar ini sedang dalam usaha menghasilkan peranti bersaiz kompak (kurang dari 5 inci) dengan skrin berbingkai nipis.

Rata-rata rekaan bingkai nipis Samsung adalah pada peranti kelas atasan dan ia sesuatu yang baru jika laporan itu benar. Mungkin ada yang beranggapan Galaxy A5 (2018) atau Galaxy A7 (2018) yang akan didatangkan dengan bingkai nipis tetapi seperti yang telah diperkatakan sebelum ini, kedua-duanya bakal hadir dengan skrin paparan 5.5 inci serta 5.7 inci.

Terdapat ramalan mengatakan ia mungkin model Galaxy S9 mini tetapi tidak ada bukti kukuh yang mampu mengesahkan perkara tersebut.

Sumber: Ubergizmo