Samsung Dijangka Akan Membangunkan Teknologi Seakan "Deep Fusion" Yang Terdapat Pada Iphone 11

Iphone 11 dan Iphone 11 Pro telah dilancarkan pada awal minggu ini sebagai peranti terbaru keluaran Apple pada tahun 2019. Apa yang menjadi tumpuan ketika pelancaran peranti terbaru Apple itu ialah dari segi penambahbaikan kamera, di mana Iphone 11 hadir dengan dua kamera utama dan Iphone 11 Pro dan 11 Pro Max pula hadir dengan 3 kamera utama.

Kesemua kamera tersebut ditambahbaik dari segi sperisian dan juga perkakasan. Dalam pelancaran itu  juga, Apple telah mengumumkan teknologi terbaru pada kamera siri Iphone 11 yang dipanggil "Deep Fusion".


Menurut Naib Presiden Pemasaran Apple Phil Schiller, teknologi "Deep Fusion" akan menggunakan keupayaan mesin dan algorithma imej dalam membantu pengguna menangkap imej yang lebih berkualiti pada siri Iphone 11 ini.

Samsung dilihat cuba untuk membangunkan teknologi yang pada siri peranti Samsung yang akan datang. Menurut tweet dari tipter Samsung iaitu Ice Universe, beliau berkata syarikat gergasi dari Korea Selatan itu sedang membangunkan teknologi yang sama seperti "Apple Deep Fusion" dan dijangka akan terdapat pada siri Samsung Galaxy S11 yang akan datang.



Namun begitu, masih terlalu awal untuk kita mengkaji bagaimana Samsung akan menerapkan teknologi ini ke dalam peranti mereka dan jika Samsung berjaya, pasti pesaing-pesaing yang lain juga akan turut membangunkan teknologi ini dengan cara yang tersendiri.