Samsung Didakwa Sedang Membangunkan Kamera Swafoto Bawah Skrin Bagi Tawaran Paparan Penuh

Pada hari ini, banyak pengeluar yang mendakwa peranti keluaran mereka mempunyai menggunakan paparan penuh.

Akan tetapi, ia bukanlah penuh yang "sebenar". Ini kerana kebanyakan daripadanya masih lagi mempunyai samada rekaan takuk mahupun skrin tebuk.

Namun, Samsung dikatakan akan hadir dengan jalan penyelesaian tersendiri bagi masalah berkenaan. Mereka didakwa sedang membangunkan teknologi terbaru berkaitan skrin mereka.

Ia bakal membolehkan kamera swafoto dipasang di bawah skrin, sekaligus ia boleh disorokkan semasa tidak digunakan.

Kapsyen: Samsung


Teknologi ini berbeza dengan paparan Infinity yang digunapakai sekarang di mana lensa kamera masih lagi kelihatan walaupun tidak digunakan.

Menurut Naib Presiden R&D Samsung, Yang Byung-duk, tidak mustahil teknologi berkenaan akan dapat dibangunkan seawal satu atau dua tahun mendatang.

Ketika ini, ada beberapa model yang menawarkan paparan penuh tanpa sebarang potongan seperti Vivo Nex, Xiaomi Mi Mix 3 dan Oppo Find X.

Akan tetapi, ia mempunyai mekanisma kamera diluar bahagian skrin peranti dan Samsung dilihat kurang berminat untuk menggunakannya.

Mungkin kita akan dapat mendengar dengan lebih mengenainya dalam tempoh beberapa bulan mendatang.

 

Sumber: Yonhap News Agency via Mashable