Samsung Didakwa Sedang Bangunkan Dua Lagi Model Peranti Boleh Lipat

Samsung Galaxy Fold yang dilancarkan Februari lalu telah mencetuskan pelbagai reaksi, baik yang positif mahupun yang negatif.

Walaupun ia memiliki beberapa masalah terutamanya berkaitan dengan skrin paparan, Samsung dikatakan tidak berputus asa untuk menghasilkan lebih banyak peranti boleh lipat.

Mereka kini dikatakan sedang membangunkan dua lagi model Galaxy Fold yang lebih besar. Menurut sumber, dua model berkenaan adalah bersaiz 8-inci dan 13-inci.

Kapsyen: Paten yang didakwa sebagai Type S/USPTO


Ia berdasarkan beberapa laporan mengenai panel paparan boleh lipat dengan saiz tersebut yand didakwa sedang dibangunkan oleh Samsung Display. Kedua-duanya pada ketika ini hanya digelar sebagai "Type G" dan "Type S" sahaja.

Bagaimanapun ia masih lagi di peringkat ura-ura ketika ini dan kita perlu menunggu perkembangan lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Sumber: The Bell via Android Authority