Samsung DEX Mula Dijual Pada Harga RM 663

Samsung DEX, sebuah dock yang boleh menyambungkan telefon S8 ke skrin monitor telah pun dilancarkan awal pagi semalam. Namun Samsung bagaimanapun tidak memberitahu harga sebenar peranti tersebut.

Hari ini, Samsung telah mengumumkan harga Samsung DEX yang akan dijual ke pasaran berkemungkinan pada hujung April ini. Peranti ini dijual di laman web rasmi Samsung pada $150 iaitu RM 663 tetapi dijangka dijual di Malaysia pada harga RM 750.

samsung-dex-3

 

DEX merupakan sebuah dock yang dapat mamaparkan isi kandung Galaxy S8 ke skrin monitor. Samsung mengubahsuai sedikit sistem operasi Nougat untuk memaksimumkan antara-muka di monitor yang mempunyai saiz lebih besar daripada peranti mudah alih.

Sumber