Samsung Dedahkan Rekaan Galaxy S10 Secara Tidak Sengaja Menjelang Acara "Unpacked"

Sebentar tadi, kami ada laporkan mengenai acara Samsung Galaxy S10 Unpacked yang akan diadakan di San Francisco pada 20 Januari ini.

Terkini, mereka dikatakan telah mendedahkan rekaan peranti tersebut secara tidak sengaja dalam satu kiriman di blog mereka.

Kapsyen: Samsung Newsroom


Kiriman itu pada mulanya bertujuan untuk menerangkan mengenai sistem operasi One UI mereka, namun salah seorang pengguna Reddit, qgtx telah mengesan rekaan lubang pada skrin peranti tersebut.

Rekaan itu menyerupai rekaan Infinity-O yang dikatakan akan digunakan pada Samsung Galaxy S10 kelak.

Akan tetapi, ada beberapa pihak meragui status tindakan Samsung tersebut samada benar-benar tidak disengajakan atau tidak.

Kapsyen: Samsung


Melihat kepada kiriman di laman Samsung Newsroom itu kembali, gambar asal telah dibawa keluar dan ditukarkan kepada gambar baharu, tanpa rekaan lubang pada skrin.

 

Sumber: Samsung Newsroom