Samsung Dan Xiaomi Menerajui Pasaran Telefon Pintar Di India Untuk Suku Ke-3 Tahun 2017

Pasaran telefon pintar di India dilihat semakin meriah dan setakat ini, negara itu telah mendahului Amerika Syarikat sebagai pasaran telefon pintar kedua terbesar di dunia selepas China (mungkin berubah selepas iPhone X mula dipasarkan).

Berdasarkan kaji selidik pasaran oleh Counterpoint, Samsung memegang pasaran India sebanyak 23%, untuk suku ke-3 2017, sama seperti tahun yang sebelumnya.

Mengekori rapat adalah Xiaomi dengan pegangan pasaran 22% yang mana ia melonjak naik dari 6% pada tahun 2016.  Hal ini berikutan dari sambutan hangat pembeli di India terhadap telefon pintar kelas pertengahan keluaran Xiaomi dan turut diramalkan ia bakal memintas Samsung sebagai pengeluar nombor 1 negara tersebut.



Seperti yang anda saksikan pada imej diatas, pasaran telefon pintar India didominasi oleh syarikat-syarikat dari China dengan pegangan keseluruhan berjumlah 50% direkodkan untuk suku ke-3 dalam masa 3 tahun berturut-turut.

Sumber: Counterpoint