Samsung Dan Tesla Dalam Proses Bangunkan Cip 5nm Untuk Kereta Swapandu

Baru-baru ini, Tesla dan Samsung dilaporkan dalam proses membangunkan cip 5nm untuk teknologi kereta swapandu dan sistem infotainment.

Sebelum ini, Samsung telah pun membekalkan cip 14nm kepada Tesla yang mana ia adalah sebahagian dalam perkakas Hardware 3.0 (HW 3.0) sebagai komputer swapandu.



Tambahan lagi, dengan kerjasama untuk teknologi baharu ini, Elon Musk berkata beliau mahukan pengalaman penggunaan kereta pada masa hadapan adalah seakan penggunaan telefon pintar.

Selain itu, cip ini juga akan dibina dengan menggunakan extreme ultraviolet (EUV) lithography dimana kebiasaannya ia digunapakai pada pemproses PC atau mudah alih.

Walau bagaimanapun, masih belum diketahui bilakah cip baharu ini akan digunakan atau dilancarkan.

Sumber: asia economy