Samsung Dalam Usaha Membawakan Ciri Mod Potret Pada Galaxy S8

Salah satu perkara menarik tentang dwi kamera pada telefon adalah penghasilan foto dengan efek seakan-akan bokeh yang biasa dilakukan pada kamera DSLR (iPhone 7 Plus-mod Potret). Bagi anda yang mungkin tidak pernah dengar tentang perkara ini, ia merupakan foto yang mempunyai latardepan dan latarbelakang yang dipisahkan dengan kesan kabur.

Kapsyen: Contoh mod potret iPhone 7 Plus. Objek jelas kelihatan sementara latarbelakang kabur.


Perkara ini menjadi semakin menarik apabila Pixel 2 mampu menghasilkan kesan yang sama walaupun hadir dengan satu lensa kamera sahaja. Ia menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna Samsung Galaxy S8, sama ada peranti mereka mampu mencipta kesan ala-ala bokeh itu ataupun tidak.



Berdasarkan balasan e-mel dari Samsung kepada pengguna, difahamkan syarikat pengeluar Korea Selatan itu bakal membawakan ciri mod potret untuk Galaxy S8 pada kemaskini tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, anda perlu menunggu pengumuman rasmi dari Samsung terlebih dahulu. Samsung mungkin sedang giat membangunkan perisian mirip Pixel 2 yang mampu membantu pemilik S8 yang tidak mempunyai lensa telefoto dalam penghasilan mod potret.

Sumber: GSM Arena