Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Sedang Membina Pengganti Galaxy Note 7

Samsung Sedang Membina Pengganti Galaxy Note 7

Diterbitkan Februari 13, 2017 · Dikemas kini Februari 13, 2017 oleh Haikel Areff

Walaupun isu berkenaan kebakaran bateri Galaxy Note 7 masih sedang hangat diperkatakan, Samsung kini sedang membina pengganti Galaxy Note 7 yang mungkin diberi nama Galaxy Note 8 kerana kami tidak merasakan yang Samsung mahu mengekalkan nombor ‘7’ untuk peranti Galaxy Note yang seterusnya. Jadi ura-ura mengatakan Samsung bakal tampil dengan Galaxy Note 7s adalah mengarut.

Projek pembinaan model seterusnya Galaxy Note ini diberikan nama ‘BAIKAL’. Ianya merupakan sebuah pasukan khas yang dibentuk oleh Samsung untuk mencipta peranti Galaxy Note 8.Tahun lepas Samsung terpaksa menarik semula Galaxy Note 7 dari pasaran global gara-gara insiden kebakaran dan letupan bateri peranti mereka. Galaxy Note 7 kemudian juga diberhentikan pengeluaran dari kilang.

Maka, peranti yang bakal menjadi pengganti Galaxy Note 7 menggalas tugas yang besar dalam menaikkan kembali nama Samsung di pasaran. Namun dengan Galaxy S8 yang bakal diperkenalkan pada penghujung March ini sedikit sebanyak menutup mulut pengkritik. Kita tunggu dan lihat saja lah.

Pada ketika ini, tiada lagi informasi yang diberikan dari Samsung berkenaan Galaxy Note 8. Mungkin projek ‘BAIKAL’ ini masih didalam fasa rekaan dan analisis. BAIKAL itu sendiri merupakan nama tasik purba besar di  pergunungan Rusia wilayah Siberia dan dianggap tasik paling dalam di dunia.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY