Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Display Berunding Dengan Amerika Syarikat Supaya Dapat Jual Teknologi Skrin Kepada Huawei

Samsung Boleh Mematikan Sebarang Televisyen Pintar Keluarannya Secara Kawalan Jauh Di Seluruh Dunia

Diterbitkan Ogos 25, 2021 · Dikemas kini Ogos 25, 2021 oleh ariff bukhari

Jika anda memiliki televisyen keluaran Samsung khususnya model-model terbaru, ada perkara yang akan menggembirakan dan mungkin juga membimbangkan anda.

Ini kerana, Samsung memaklumkan bahawa televisyen pintar keluaran mereka kini dilengkapi dengan ciri yang dikenali sebagai “TV Block“.

Samsung menjelaskan, “TV Block” merupakan ciri keselamatan yang dapat mengesan mana-mana unit televisyen mereka yang diaktifkan secara tidak sah serta memastikan dengan menetapkan unit televisyen tersebut digunakan oleh pemiliknya yang sah sahaja secara kawalan jauh.

Jadi sebagai contoh, sekiranya berlaku kecurian pada televisyen Samsung tersebut,  sistem “TV Block” akan mematikan keseluruhan fungsi televisyen tersebut secara kawalan jauh apabila tv yang dicuri itu disambungkan ke rangkaian internet.

Sekaligus tiada siapa pun dapat menggunakan tv tersebut. Hanya pihak Samsung sahaja yang akan dapat mengaktifkan semula tv tersebut.

Samsung menyatakan teknologi keselamatan itu sudah tersedia dipasang di dalam semua tv keluaran mereka.

Samsung mendedahkan perkara ini menerusi kenyataan rasmi susulan insiden kecurian televisyen mereka yang berlaku di gudang penyimpanan di Afrika Selatan pada 11 Julai 2021 lalu..

Sebagai pengguna, ciri keselamatan ini nampak seakan sangat baik dan akan memanfaatkan pengguna.

Tetapi ciri tersebut mungkin juga boleh dipersoalkan seperti, apakah yang akan berlaku sekiranya sistem keselamatan Samsung diserang oleh penjenayah siber dan mengeksploitasi ciri tersebut?

Apakah jaminan Samsung terhadap penggunanya?

Sumber: PCMag, Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY