Samsung Bixby, Pembantu Suara S8 Yang Mampu Belajar Sifat Pengguna

Pembantu suara Bixby didakwa Samsung merupakan AI yang paling bijak berbanding seteru mereka. Ianya mampu mempelajari tingkah laku dan membaca pergerakan pengguna yang seterusnya. Sewaktu pelancaran, Suzanne De Silva sempat memberikan contoh bagaimana dia mengambil gambar sebuah basikal di tepi jalan dan Bixby secara automatik membantu menghubungkan ke aplikasi dan laman web jual beli disamping menyediakan pilihan harga termurah.

Yang bestnya lagi Bixby juga berupaya mencadangkan beberapa lokasi atau kedai berhampiran yang menjual basikal. Bixby melakukan operasi dan tugas sebagai pembantu artifisial ini dengan kerjasama Samsung Connect. Sebuah aplikasi yang berupaya menyambungkan setiap aplikasi di dalam telefon S8.

Selain itu, mereka juga mengetengahkan Samsung Pass, sebuah aplikasi 'kunci' khas untuk aplikasi perbankan. Dilihat aplikasi ini lebih memfokuskan pada isu keselamatan jika telefon dicuri dan sebagainya. Pengguna boleh menetapkan log masuk menggunakan pengimbas iris. Mereka juga memberitahu penonton Samsung Pay mereka ketika ini mempunyai 240 juta pengguna berdaftar.

samsung-connect-home

Samsung turut menampilkan peranti Wi-Fi Router yang diberi nama Samsung Connect Home semasa acara yang sama. Mereka berkata setiap unit mampu menghantar signal sejauh 1500 kaki persegi.

Sumber