Samsung Bergandingan Dengan Blackberry Hasilkan Tablet “Spy-Proof”







Pada Jumaat yang lepas, Blackberry Ltd
menyatakan bahawa teknologi enkripsi mereka digunakan pada tablet keluaran
Samsung. Tablet “spy-proof” itu di gunakan oleh agensi-agensi kerajaan Jerman
yang mengendalikan maklumat-maklumat sulit.





Samsung Galaxy Tab S2 merupakan model yang
terlibat dalam gabungan dua syarikat gergasi ini. Ia dilengkapi dengan kad
sekuriti, enkripsi, sijil perisian yang dibangunkan oleh Blackberry Securesmart
yang mengunci data keluar masuk dari secuTablet itu. Knox, produk sekuriti dari
Samsung turut diguna pakai dalam peranti tersebut.




Blackberry bagaimanapun tidak mendedahkan
keuntungan hasil dari perjanjian dengan agensi dari Jerman yang mana syarikat
pengeluar telefon pintar itu kini lebih menumpukan kepada pembangunan sekuriti
perisian.

Berkaitan