Samsung Bekerjasama Dengan Perancis Dalam Membangunkan Fasiliti Penyelidikian AI

Samsung dan Fujitsu akan membangunkan fasiliti masing-masing bagi tujuan penyelidikan Artificial Intelligence (A.I) di Perancis. Mereka mengumumkan perkara tersebut semasa Perancis melalui kerajaan tempatan telah mengumumkan initiatif A.I pada hari khamis lepas.



Perdana Menteri Perancis, Emmanuel Macron telah mengadakan mesyuarat bersama Ketua Strategi Samsung, Young Sohn di Paris bagi membincangkan pelaburan Samsung terhadap negara republik tersebut.



Samsung ketika ini telah mempunyai 15 orang pekerja di pusat Samsung yang terletak di Paris. Mereka merancang untuk meningkatkan lagi jumlah saintis mereka kepada 50 orang pada akhir tahun ini.

Perancis komited untuk tidak ketinggalan dalam revolusi industri 4.0 selain Amerika Syarikat dan China yang sudah mempunyai initiatif mereka berkenaan A.I.

Perkembangan tersebut bakal memberikan impak kepada UK dari segi penarikan bakat tenaga mahir yang ketika ini dalam proses mahu keluar dari Kesatuan Eropah.