Samsung Batal Kerjasama Dengan Jenama Supreme Palsu

Pada bulan Disember yang lalu, Samsung telah mengumumkan kerjasama di antara mereka dengan Supreme Italia semasa pelancaran Samsung Galaxy A8s.

Kapsyen: Samsung


Bagaimanapun, hubungan tersebut telah dikecam teruk kerana Supreme Italia bukanlah pemegang tanda dagang sah bagi jenama pakaian terkemuka berkenaan. Sebaliknya, pemilik yang sah ialah Supreme(New York).

Walaupun pada peringkat awal Samsung mempertahankan keputusan tersebut, akhirnya mereka telah mengambil keputusan untuk membatalkan kerjasama itu.

Kapsyen: Weibo


Ia dibuat selepas beberapa perbincangan dan kajian semula dibuat dan telah disahkan melalui satu kiriman di akaun Weibo rasmi Samsung baru-baru ini.

 

Sumber: Engadget