Samsung Bakal Perkenal Galaxy Tab S6 Dengan Variasi 'Lite'

Sekitar Ogos tahun lalu, Samsung Galaxy Tab S6 telah dilancarkan pada pasaran tempatan dan berjaya memperolehi kelulusan HDR10+ pada paparan peranti tersebut. Kini ura-ura mengatakan, syarikat pengeluar telefon pintar itu bakal memperkenalkan Galaxy Tab S6 dengan variasi Lite pula.

Samsung Galaxy Tab S6 Lite mungkin akan dijana dengan cip pemprosesan Exynos 9611. Ia juga akan dilengkapi dengan memori 4GB RAM dan 64GB/128GB storan penyimpanan. Peranti ini juga akan menawarkan bersama aksesori S Pen sama seperti Galaxy Tab S6 yang lepas. Akan tetapi, bagi Galaxy Tab S6 Lite tidak diketahui lagi sama ada menyokong pengecasan tanpa wayar atau tidak.

samsung galaxy tab s6 lite

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai harga serta pelancaran bagi peranti ini.

Sumber : Android Headlines, Engadget